4 November 2014
Sudah lama... Posted at 05:15 0 comments (+)
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ



dan sudah lama,
ku pujuk hati,
mari kembali mencari YANG ABADI.
tapi hingga kini,
aku masih berharap pada yang belum tentu aku miliki.

dan sudah lama,
ku pujuk diri,
mari kembali kepada YANG SETIA MENANTI.
tapi hingga kini,
aku masih menanti pada yang belum pasti sama menanti.

dan sudah lama,
aku pesan pada diri,
supaya berhenti mencari dan berharap pada mimpi yang tak pasti.
tapi hingga kini,
aku teruskan sehingga berkali-kali tersakiti.

sungguh,
hingga saat dan detik ini,
hati masih begini,
masih bertatih-tatih ‘mencari’.

dan,
aku cuma bimbang,
bahawa kesempatan akan akhirnya berlalu pergi sia-sia.

Labels:

All rights reserved HXNY
◀ RECENT ENTRIES | HOME | OLDER ENTRIES ▶


About
Hani, 22 | BKI, MY
HEARTS





archieves
something
followers
Credits
Powered by Blogger.