29 April 2012
Jarak antara Hati :) Posted at 01:01 0 comments (+)
Assalammualikum Warahmatullah&hai!

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

selamat petangg semua. :)
sihat ? kalu ya syukur alhamdulillah...
hari nii aku mau update blog. sebab aku boringg tambah penatt jawapannya update blog lha . hehehh . mcam math kann. boring + penat = update blog. HAHA.

crita pasal math. math tu pelajaran kann. exam enda lama lagii. dekat sudaa. dekat sangat. next week -,-.... aku belum mula study lagii . teruk kann#maluu.
aku masih rapat dengan internet lagii. hmm... enda lama kena potong juga streamyx nee. HAHA

okee, kembali kepada topik.
jarak antara hati? apa maksudnya tuu. kalau mau tauu baca okayy ^^

the story began...


suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, ."mengapa ketika seserang sedang marah dia bercakap dengan suara kuat atau berteriak?"

seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawap, "kerana dia telah hilang sabar. oleh itu dia teriak."

"tapi..."
guru bertanya lagi

"orang yang dimarahinya berada dekat dengannya. mengapa dia perlu berteriak? Mengapa tidak berbicara secara lembut?"

hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik oleh mereka. namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

maka guru berkata, "ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara kedua hati mereka menjadi amat jauh walaupun pada luaran mereka begitu dekat. oleh itu untuk mencapai jarak demikian mereka harus berteriak..

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada dia antara mereka menjadi lebih jauh lagi. kerana itu mereka harus berteriak dengan lebih kuat dan keras lagi."


guru masih meneruskan percakapannya, "sebaliknya apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?...

mereka tidak berteriak. merekaberbicara dengan suara yang begitu perlahan dan kecil. seperlahan bagaimanapun, kedua-duanya masih boleh mendengar dengan begitu jelas...

mengapa demikian?"
guru bertanya sambil memerhatikan muridnya. merekaa kelihatan berfikir panjang namun tiada sesiapapun yang berani memberikan jawapan.

akhirnya guru menjelaskan pertanyaannya sendiri, "kerana hati mereka begitu dekat. hati mereka tidak berjarak. sepatah kata pun tidak perlu diucapkan. sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan."

jika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. lebih-lebih lagi mengucapkan kata-kata yang boleh mendatangkan arak hati di antara kita. di saat seperti ini, diam mungkin merupakan cara yanng terbaik. kerana waktu akan membantu kita. #ut renungan bersama

okee. begitulah ceritanya entri nii.
ini bukan cerita cinta, ini pengajaran tauu ^^ hehehh
credit to friend :)

-wsalam-

Labels: ,

All rights reserved HXNY
◀ RECENT ENTRIES | HOME | OLDER ENTRIES ▶


About
Hani, 22 | BKI, MY
HEARTS





archieves
something
followers
Credits
Powered by Blogger.