17 May 2012
Al-Fatihah :') Posted at 18:30 0 comments (+)
Assalammualikum Warahamatullah&hai!

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


selamat pagii jumaat dan salam sejahteraa :)
kaifahalkum ? idha sohya, alhamdulillah... kalau tidak, syukur alhamdulillah. jangat sedih-sedih. nanti sihat jugaa tuu. insha Allah..^^




PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH

Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat. bila cacat bacaanya maka rosaklah solat. oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid. mungkin sahaja ada bacaannya yang kita tersalah sebut, walaupun sejak kecil kita sudah kenal surah ini..

bukan setakat bacaanya saja yang rosak, malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut ialah nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati dan tersalah sebut.

1. DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6. IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA.. IYA bermaksud matahari

Dalam ayat ke-5 , jika salah bacaanya akan bermaksud "kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”
7. SIROTOL LAZI… sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8. AMIN… hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA.. dua harakat, semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaanya..
Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:

a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)… sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin… sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m… sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m… ( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع).. bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)
Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat dan juga jantung Al-Quran. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya...

juga hari ini hari jumaat, kita sedekahkan kepada kedua ibubapa kita mahupun orang yang kita sayang dengan surah ini.. Al-Fatihah....

sekian, wabillahhi taufiq walhidayah, assalammualaikum warahmatullahi wabarokaaaatuuuuu. hihi :D

-wsalam-
credit : friends
All rights reserved HXNY
◀ RECENT ENTRIES | HOME | OLDER ENTRIES ▶


About
Hani, 22 | BKI, MY
HEARTS





archieves
something
followers
Credits
Powered by Blogger.